Kursus Keusahawanan, Penghasilan Biskut Tart Nenas Gulung.
29 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 28 Mei 2016, PI Bogag dengan kerjasama PI Skio, Tanjong Bowang dan Serasot telah menjalankan kursus keusahawanan penghasilan biskut tart nenas gulung. Kursus ini disertai oleh seramai 8 orang peserta yang terdiri daripada kaum wanita dan diajar oleh pengurus PI Skio iaitu Cik Janncy. Kursus ini antara lain bertujuan untuk membantu melahirkan pengusaha biskut ‘Tart Nanas’. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberikan idea tentang jenis-jenis biskut yang berpotensi dijual secara atas talian.
Bagi meningkatkan keyakinan peserta untuk memulakan perniagaan ini, kami turut menunjukkan potensi permintaan biskut di kawasan Bau yang agak tinggi terutamanya pada musim perayaan. Rata- rata peserta amat berpuas hati dengan kelas yang dijalankan dan berminat untuk menyertai kelas berasaskan keusahawanan dimasa akan dating.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: